• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

Tentang saya


Tentang saya

Assalamualaikum and hello,

Aku berasal dari sebuah kampung kecil yang terletak di Lanchang, Pahang. Dari kecil aku sangat suka ke Klinik gigi dengan harapan suatu hari nanti aku ingin menjadi seorang doktor gigi namun perancangan Allah itu indah. Aku ditakdirkan ke UPSI dalam bidang pendidikan biologi. Mungkin kerana aku sukakan kanak-kanak dan aku ada sedikit bakat mengajar, aku yakin aku mampu melupakan cita-cita zaman kanak-kanak aku dan menjadi seorang pendidik yang berjaya pada masa akan datang. Selebihnya tentang diri aku ada aku listkan di bawah. Rajin- rajin la scroll ke bawah yeee … 😙

Profil

siti

Info Peribadi

Siti Syafiqah Arizan

Birthday: 22 march 1995
Facebook: Siti Syafiqah
Website: syafiqaharizan.blogspot.my
E-mail: syafiqaharizan@gmail.com

RESUME

Pencapaian


Pendidikan

  • 2014-Sekarang

    Bachelor of Education (Biology) @ Sultan Idris Education University

  • 2013-2014

    Foundation Studies @ University of Malaya

  • 2011-2012

    Secondary School @ SMK Datuk Bahaman

  • 2008-2010

    Secondary School @ SMK Datuk Bahaman

  • 2002-2007

    Primary School @ SK Rantau Panjang

Pencapaian

  • Senarai Dekan

    Setiap Semester @ Level

  • CGPA 3.0

    Foundation in Biology @ graduated

  • 10 A's

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) @ graduated

  • 8 A's

    Penilaian Menengah Rendah (PMR) @ passed

  • 5 A's

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) @ passed

Kemahiran & Kelebihan

Microsoft Office Suite
93%
Menepati Masa
97%
Berfikiran kritis
92%

KOD KURSUS: KPD 3016

Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1


Lecturer

Prof Madya Dr. Sadiah binti Baharom

Maklumat kursus

Kursus ini membincang dan membimbing pelajar membina kemahiran merancang pengajaran dalam lima aspek utama berikut:

(a) menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran

(b) memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran
(c) memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
(d) menyedia alat dan teknologi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran. Pelajar akan mendapat kemahiran menyedia set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan mereka.

Tugasan

Tugasan Terbaru


Sunday, 6 November 2016

BAHAN ALAT BANTU MENGAJAR

CONTOH TEKA SILANG KATA 

Untuk memuat turun: https://drive.google.com/file/d/0B5-mV92PEbG2TFA3akowOGJlN3c/view?usp=sharing
 CONTOH CARIAN PERKATAAN 
 
 Untuk memuat turun: https://drive.google.com/file/d/0B5-mV92PEbG2SWlNeVFoWk5vNjA/view?usp=sharing

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (PEND BIOLOGI TINGKATAN 4)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (PEND BIOLOGI TINGKATAN 4)
TEMA: MENGKAJI FISIOLOGI BENDA HIDUP
TOPIK: RESPIRASI 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIOLOGI TINGKATAN 4
Nama              : Siti Syafiqah Binti Arizan
No.matrik        : D20141066874
 Subjek : Pendidikan Biology
Tingkatan :  4 Bestari
Tarikh : 2 November 2016
Hari : Isnin
Masa : 10.00 – 11.10 pagi
Bil. Murid : 28 orang
Tema : Mengkaji Fisiologi Benda Hidup
Topik:  Respirasi
Definisi : Respirasi merupakan proses hidup yang penting dan berlaku dalam 2 peringkat iaitu respirasi luaran dan respirasi dalaman. Respirasi juga merujuk kepada proses pemerolehan oksigen yang diangkut ke sel untuk respirasi sel dan seterusnya proses penyingkiran karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel.


Kandungan Akedemik : 
  • 1.     Pengenalan pengertian respirasi
  • 2.     Pengenalan keperluan tenaga untuk hidup
  • 3.    Mengenal pasti substrat utama penghasilan tenaga
Tajuk : Proses Respirasi Dalam Penghasilan Tenaga

Objektif Pengajaran : Pada akhir unit ini, pelajar harus :
  •       I.         Menyatakan pengertian respirasi
  •      II.         Menyenaraikan keperluan tenaga dalam semua proses hidup
  •    III.         Mengenal pasti substrat utama penghasilan tenaga
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :
i)      Menjelaskan pengertian respirasi
ii)     Menyenaraikan dan menyatakan keperluan tenaga dalam semua proses hidup
iii)    Mengenal pasti substrat utama penghasilan tenaga

Pengetahuan sedia murid : Pelajar pernah membaca bahan bacaan berkaitan proses respirasi 

Pendekatan Pengajaran : Berpusatkan pelajar, bahan, dan induktif

Alat bantu mengajar (ABM ) : Tayangan power point, tayangan video, aplikasi plickers, kertas A4, pen marker, penebuk lubang kertas, dan kod imbasan

Kaedah :
      I.         Kaedah berpusatkan pelajar
     II.         Kaedah tahap pengetahuan (aras Taxonamy Bloom)

Penerapan Nilai :
      I.         Bersyukur atas anugerah ciptaan tubuh badan oleh Tuhan.
     II.         Menghargai ciptaan Tuhan.
   III.         Bekerjasama antara satu sama lain
   IV.         Menghormati pendapat orang lain

Langkah / Masa
Kandungan Akademik
(Menyenaraikan keperluan tenaga dalam semua proses hidup dan mengenal pasti substrat utama penghasilan tenaga)

Aktiviti
Catatan
Set Induksi
 (5 Minit )
      I.         Pengenalan
Guru
Pelajar
  • Abm : tayangan power point dan lampiran teka silang kata
  • Memperkenalkan tajuk pembelajaran.
  • KeBAT :
                        I.         Memahami
(Understanding)
                       II.         Menyelesaikan
(Application)


  •   Guru akan memberikan salam dan     bertanya khabar para pelajar.
  •   Guru akan memberi kuiz teka silang kata sebagai ‘energizer’ kepada para pelajar berkaitan topik respirasi
  •   Para pelajar dikehendaki menjawab kuiz tersebut secara berkumpulan
  • Pelajar akan membalas salam guru
  •  Pelajar akan menyiapkan kuiz teka silang kata
  • Pelajar akan mencari jawapan teka silang kata tersebut secara berkumpulan
Rekonstruksi idea 1
(10 minit)
      I.         Pengenalan dan menyenaraikan keperluan tenaga dalam semua proses benda hidup
  • Guru akan menerangkan mengenai pengenalan kepada respirasi
  • Guru menyenarai dan menerangkan keperluan respirasi dalam benda hidup
  • Guru akan mempamerkan d’arte foam board dan akan mengarahkan pelajar untuk melekatkan kod imbasan di board yang telah disediakan
  • Guru meminta pelajar menjelaskan maklumat yang terdapat pada d’arte foam board
  • Pelajar dikehendaki membuat nota ringkas mengenai topik pembelajaran
  • Pelajar dikehendaki memahami dan menerangkan pengertian respirasi dan keperluan tenaga untuk hidup
  • Pelajar akan melekatkan kod imbasan di board tersebut
  • Pelajar akan menjelaskan maksud dan keperluan respirasi pada kod imbasan tersebut
  • Abm : tayangan power point, d’arte foam board, kod imbasan, dan gambar tentang respirasi
  • KeBAT :
                          I.          Menyatakan
(Knowledge)
                        II.          Mengkategorikan
(Analyzing)
                       III.          Memahami 
(Understanding)

Rekonstruksi 2
(12 minit)
      I.         Mengenal pasti substrat utama penghasilan tenaga
  •   Guru menerangkan dengan lebih lanjut mengenai topik yang dibincangkan melalui tayangan video di laman berikut:
  • https://www.youtube.com/watch?v=00jbG_cfGuQ
  • Guru akan mengarahkan pelajar untuk berbincang secara berkumpulan mengenai hasil tayangan video tersebut
  • Guru akan membuat ringkasan hasil daripada perbincangan
  • Pelajar perlu mengenal pasti,menganalisis dan menyenaraikan maklumat-maklumat yang terdapat daripada tayangan video berkaitan substrat utama penghasilan tenaga
  • Pelajar dikehendaki berbincang hasil dapatan informasi daripada tayangan video secara berkumpulan
  • Pelajar dikehendaki mencatat maklumat tambahan daripada guru
  • Abm : tayangan video, kertas A4, pensil warna,
  • KeBAT :
                        I.         Menyenaraikan
(Knowledge)
                       II.         Menganalisis
(Analyzing)
                     III.         Menerangkan
   (Comprehension)
  • Nilai murni:
                         i.         Bekerjasama
                       ii.         Saling menghormati pendapat masing-masing


Penutup
(15 minit)
Penilaian
  •  Guru akan meminta refleksi daripada pelajar
  • Guru menggunakan aplikasi Plickers dan para pelajar dikehendaki menjawab 10 soalan berkaitan keseluruhan topik pembelajaran.
  •   Pelajar berkongsi pendapat masing-masing serta nilai yang diperoleh daripada topik yang dipelajari.
  • Pelajar perlu menjawab 10 soalan berkaitan keseluruhan topik pembelajaran
  • Abm : aplikasi plickers
  • KeBAT :
                        I.         Meberi tindakbalas
(Respond)
                       II.         Justifikasi
(Evaluation)  


Refleksi awal:
Sebelum memulakan kelas, guru membuat persediaan yang mencukupi berkaitan topik pengajaran. Objektif pembelajaran pada hari ini adalah  menyenaraikan keperluan tenaga dalam semua proses hidup dan mengenal pasti substrat utama penghasilan tenaga. Sebelum memulakan kelas, guru akan bertanya beberapa soaalan serta mengedarkan kuiz teka silang kata bagi menguji tahap pengetahuan pelajar berkaitan topik pembelajaran pada hari ini. Hasilnya, guru mendapati bahawa majoriti daripada pelajar mempunyai pengetahuan berkaitan topik ini kerana pernah membaca bahan bacaan berkaitan proses respirasi.

Falsafah

FALSAFAH PENDIDIKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH SAYA SEBAGAI SEORANG GURU

Falsafah merupakan pegangan setiap individu dan aku juga mempunyai falsafah aku sendiri. Seorang guru aku pernah berkata kepada aku ‘syafiqah, untuk berjaya kita bukan sahaja perlu berjaya didunia tetapi kite perlu berjaya diakhirat juga’. Aku masih ingat guru aku juga pernah berkata bahawa ‘air longkang yang mengalir itu lebih baik dari air longkang yang bertakung’. Kata-kata guru aku ini membuatkan aku berazam untuk menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada anak murid ku tetapi lebih kepada mendidik mereka untuk menjadi manusia pada masa akan datang. Aku ingin menjadi seorang pendidik yang dianggap sebagai kawan, kakak, guru dan juga ibu kepada anak-anak muridku. Aku ingin melahirkan murid-murid yang walaupun mereka tidak dapat membantu orang lain, namun mereka juga tidak menyusahkan orang lain.

‘ Aku sedar kerjaya seorang pendidik bukanlah mudah seperti yang disangka tambahan pula ibu bapa pada masa kini berbeza dengan zaman dahulu namun aku yakin dan komited sekiranya aku berusaha dan tidak berputus asa aku pasti dapat melahirkan para pelajar seperti yang aku hasratkan. Sebelum ini aku melihat kerjaya guru ini adalah satu kerjaya yang mudah dimana kerjanya ‘office hour’, banyak cuti, gaji tinggi namun apabila aku menceburi bidang ini, semua sangkaan aku SALAH!!! Hanya guru-guru dan bakal guru sahaja yang memahami. Namun, aku tidak kisah kerana bagi aku kerjaya ini merupakan amal jariah aku juga untuk aku berbakti kepada bangsa dan agamaku. Cuma kadang-kadang aku sedih bila terdapat segelintir ibu bapa yang bersikap ‘kurang baik’ terhadap guru-guru dan memandang rendah kepada kami. Walaupun profession ini agak tinggi cabaranya buat aku namun, aku berharap aku dapat menjadi seorang pendidik yang berjaya suatu hari nanti. Amin.’

SAYA DALAM MASA 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pastinya mempunyai matlamat dan impian dalam hidup begitu juga dengan aku. Segala impian dan matlamat ini selalunya tidak kita zahirkan kerana itu merupakan hasrat peribadi kita. Dalam masa sepuluh tahun akan datang, aku berharap aku akan menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepadaNYA. Aku ingin menjadi seorang yang yang lebih baik dari segi akhlak dan juga peribadi luaran aku. Aku ingin berubah dan tinggalkan segala perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan.

Aku juga mempunyai hasrat untuk lebih fokus dan berjaya dalam kerjaya yang aku ceburi iaitu dalam bidang pendidikan. Aku ingin menjadi seorang professor yang diiktiraf daripada universiti luar negara dan juga seorang pensyarah dan dekan dalam bidang biologi di universiti yang terbaik samada di negara ini ataupun negara luar. Selain itu, aku memasang cita-cita untuk mempunyai pegurusan kewangan yang baik dimana aku ingin mempunyai sebuah rumah dan kenderaan yang aku peroleh dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku ingin menjadi seorang yang berdikari dan boleh berdiri atas kaki aku sendiri tanpa mengharap pertolongan daripada orang lain. Berkaitan jodoh pula, aku serahkan segala nya kepada takdir. Namun, berdasarkan perancangan aku MUNGKIN pada ketika ini aku baru berumahtangga hihihi. Sekiranya jodoh belum ditakdirkan untuk aku, aku ingin menabur bakti kepada kedua orang tua ku. Tapiiiii jangan salah faham tau!! KALAU aku dah kahwin pun aku masih akan menabur bakti pada ibu dan abah.

Ok, next….. selain impian buat diriku, aku juga mempunyai matlamat untuk ahli keluargaku yang amat aku sayangi terutama buat ibu (NorZalizan binti Muhamad) dan abah (Arizan bin Md Anas). Aku ingin menjaga mereka dan menghantar ibu dan abah menunaikan haji atau umrah. Aku ingin mereka berehat dan menghabiskan masa bersama untuk beribadat dan bersama dengan cucu-cucu. Bukan itu sahaja, aku ingin memberikan mereka semua yang terbaik dan sempurna (makan, pakai, tempat tinggal). Dalam masa sepuluh tahun akan datang aku berharap segala hasrat yang aku inginkan tercapai. Insya ALLAH dengan DUIT (doa, usaha, ikhtiar, tawakal), doa daripada ibu abah dan dorongan daripada semua orang yang aku sayang segala yang aku hasratkan pasti tercapai. Amin.

Maklumat Perhubungan

Kenali Saya


Alamat

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nombor telefon

+(12) 3456 789

Website

syafiqaharizan.blogspot.com